Uncle Sam 'bermandikan' warna biru
Seluruh Amerika Syarikat berwarna biru malam tadi sebagai tanda sokongan terhadap petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 di negara itu. Pencahayaan berwarna biru yang dikenali sebagai ‘Light it blue’ di bangunan ikonik terkenal di negara Uncle Sam seperti One World Trade Center dan Madison Square Garden itu bermula pada jam 8 malam. Malah bangunan lain seperti stadium bola keranjang dan ‘American Football’ serta bangunan komersial turut mengambil inisiatif yan