• Hang Lekir

21 Jun tarikh keramat untuk The Kopites?


17 Jun menjadi tarikh bermulanya kembali saingan Liga Perdana Inggeris, maka persoalan seterusnya, bila Liverpool akan dinobatkan sebagai juara ?


Selepas menanti 30 tahun untuk kembali menjulang kejuaraan liga, penantian dengan penuh kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.


Berdasarkan pengiraan dan ‘bantuan’ Arsenal, The Reds akan dinobatkan sebagai juara pada 21 Jun ini.


Tidak percaya ? Mari kita lihat situasi ini.


Seteru terdekat Liverpool, Manchester City dijadualkan beraksi pada 17 Jun menentang Arsenal, dan jika Arsenal berjaya menewaskan City, skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya memerlukan tiga mata untuk mengesahkan kejuaraan


Liverpool pula dijadualkan menentang Everton dalam ‘Merseyside Derby’ pada 21 Jun dengan gelanggang perlawanan masih belum diputuskan.


Kemenangan ke atas pasukan musuh setempat itu akan membawa gelaran juara pulang ke Anfield, pada 21 Jun.


Bagaimanapun, kegagalan mengutip tiga mata penuh hanya mampu menangguhkan sementara kejuaraan Liverpool.



Liverpool hanya memerlukan satu kemenangan daripada baki lapan perlawanan, tiga keputusan seri juga sudah memadai.


Jika City menang dalam perlawanan menentang Arsenal, Liverpool memerlukan dua kemenangan atau kombinasi enam mata untuk bergelar juara.


Selain memburu kejuaraan liga, Liverpool masih berpeluang untuk memecahkan tiga rekod Liga Perdana Inggeris.


⁃ Rekod 100 mata yang dipegang City dalam saingan 2017/18, jika Liverpool menang baki semua perlawanan, mereka akan mengumpul 109 mata.


⁃ Jurang mata terbesar dengan pasukan di tangga kedua adalah 19 mata - perbezaan ketika ini adalah sebanyak 25 mata. City perlu menandingi keputusan Liverpool untuk mengekalkan rekod mereka.


⁃ Liverpool memerlukan enam kemenangan daripada baki lapan perlawanan untuk mengatasi rekod kemenangan sebanyak 32 perlawanan yang juga dipegang oleh City pada saingan 2017/18.

19 views

©2020 by HyperlokalMY