• Hang Lekir

7 tips bantu meningkatkan pembelajaran anak di rumah


Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan hampir sebulan lalu, anak-anak telah mula membiasakan diri belajar dari rumah, guru-guru juga mula memberi latihan dan nota melalui Google Classroom. Berdasarkan pengumuman menteri pendidikan semalam mengenai pembatalan peperiksaan Upsr dan PT3, serta sesi persekolahan jika dibuka dalam masa terdekat akan hanya membabitkan kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa setara. Maka, kita menjangka sesi persekolahan terutama bagi sekolah rendah mungkin tidak akan dibuka lagi tahun ini. Berikutan itu, ibu bapa perlu mengetahui tips untuk membantu anak belajar di rumah.


Motivator, Mohd Fadly Samin menerusi Facebooknya berkongsi tips tersebut untuk panduan ibu bapa. 1. Ruang belajar - Perlu ada meja dan kerusi, keadaan yang selesa serta mempunyai suasana untuk belajar. 2. Jadual & masa belajar - Jadual yang dibuat bersama anak-anak bagi menetapkan waktu belajar, bermain, rehat dan menonton tv 3. Luangkan masa - Ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa menemani anak ketika belajar 4. Ganjaran - Menjanjikan ganjaran kepada anak anda supaya mereka lebih bermotivasi untuk belajar dan menjadi yang lebih baik 5. Memuji anak - Memberi pujian kepada anak ketika dia melakukan sesuatu yang betul walaupun ia kecil atau mempunyai peningkatan dalam prestasinya. 6. Makanan - Sediakan makanan yang sihat bagi pertumbuhan sihat anak serta makanan yang dapat membantu meningkatkan IQ anak 7. Sabar - Ibu bapa perlu bersabar dalam mengajar anak kerana ibu bapa lebih mengenali anak mereka berbanding guru Seterusnya, Mohd Fadly berharap melalui tips tersebut, anak-anak kita akan lebih berjaya dalam pelajaran walaupun ketika dalam tempoh PKP. Cuti PKP juga bukanlah alasan untuk anak kita tak boleh jadi pelajar yang berjaya.

139 views0 comments

Recent Posts

See All