• Pupa Kupa

Adakah tahun ini milik Liverpool?




Tidak mungkin Liverpool menamatkan saingan musim ini tanpa bergelar juara Liga Perdana Inggeris.


Kenyataan itu dizahirkan Presiden UEFA, Aleksander Ceferin yang turut optimis liga-liga Eropah lain termasuk Liga Juara-Juara dan Liga Europa akan kembali bersambung musim panas ini.


Dilaporkan media antarabangsa, Ceferin berkata adalah sesuatu yang tidak mungkin Liverpool dinafikan hak menjulang kejuaraan liga tertinggi Inggeris itu.


“Jika perlawanan disambung, sudah pasti Liverpool akan memenanginya, berdasarkan teori, kejuaraan belum menjadi milik mereka tetapi ia seakan sudah terjamin.


Jika berlaku sebaliknya (perlawanan tidak disambung), kita perlu mencari jalan, dan sekali lagi, saya tidak nampak senario di mana Liverpool tidak menjadi juara.




“Peminat mungkin kecewa jika perlawanan berlangsung dalam stadium kosong atau ia diselesaikan dengan cara lain, tetapi saya percaya mereka tetap akan memenanginya,” katanya.


The Reds kendalian Jurgen Klopp di landasan terbaik menamatkan ketandusan 30 tahun menjulang kejuaraan liga selepas mendahului 25 mata di depan pencabar terdekat, Manchester City.


Saingan liga terpaksa dihentikan susulan serangan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

38 views

©2020 by HyperlokalMY