• Pupa Kupa

Akhbar berbahasa Melayu tertua diterbit semula tak lama lagi?

Utusan Malaysia, akhbar berbahasa Melayu tertua di negara ini dijangka beroperasi semula dalam masa terdekat. Ia berdasarkan satu kemaskini pada gambar profil Facebook Utusan Malaysia, menunjukkan sehelai kertas ditarik separuh dan menampakkan sebahagian logo Utusan Malaysia.

Kemaskini ini seolah-olah memberi gambaran akhbar berusia 80 tahun itu bakal diterbitkan semula. Pada 9 Oktober tahun lalu, Utusan Malaysia yang diterbitkan syarikat Utusan Melayu telah ditutup bersama satu lagi akhbar terbitan syarikat berkenaan, Kosmo! Ia menyebabkan kira-kira kakitangan hilang pekerjaan tanpa sebarang pampasan. Bagaimanapun, Utusan Malaysia versi baharu bakal diterbitkan oleh Media Mulia Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dikatakan milik tokoh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Hyperlokal difahamkan, Utusan Malaysia baharu bakal beroperasi di tingkat dua bangunan Balai Berita milik NSTP dan Media Prima di Jalan Riong, Bangsar, bulan lagi di Jalan Chan Sow Lin.

Sejak bulan lalu, Media Mulia dilaporkan telah memanggil calon-calon berkelayakan, sebahagian besarnya bekas kakitangan Utusan Malaysia untuk menghadiri sesi temuduga di Balai Berita. Sebagai rekod, naskah pertama Utusan Melayu diterbitkan pada 29 Mei 1939. Jik benar, selamat kembali Utusan Malaysia.

#UtusanMalaysia #Kosmo #Akhbar

12 views

©2020 by HyperlokalMY