• Hang Lekir

Aksi Kit Siang main 'Pokemon Go'


Di sebalik pendakwaan kes bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat lalu ada sesuatu yang menarik perhatian Hyperlokal.


Kehadiran Lim Kit Siang, 79, memberi sokongan pada anaknya adalah perkara biasa, namun yang menariknya tingkah laku ahli politik veteran berkenaan iaitu sedang bermain game.


Pada mulanya, Hyperlokal menyangka dia sedang sibuk dengan ber-WhatsApp urusan berkaitan Guan Eng, rupanya tidak! Apabila diperhatikan dengan betul-betul dia sedang bermain Pokemon Go.


Berdasarkan gambar Penasihat DAP itu sedang memberi ‘Revive’ kepada pokemon-pokemon peliharaannya.


Bagi mereka yang tidak bermain permainan ini, memberi ‘Revive’ adalah memberi kesegaran/memulihkan semula pokemon selepas berlawan di Gym.


Mungkin sebelum gambar dirakamkan, Pokemon Kit Siang sedang berlawanan di Gym, memandangkan Mahkamah Sesyen adalah lokasi yang mempunyai Gym dan PokeStop (tempat mengumpul bola, ubat).



Antara pokemon Kit Siang yang dilihat berada dalam senarai untuk di Revive adalah Gyarados, Magmortar, Vaporeon dan Flareon.


Mungkin itu cara Kit Siang meredakan tekanan dengan bermain game. Siapa tahu...


Pokemon Go dilancarkan pada 6 Julai 2016 di Amerika Syarikat yang dibangunkan Niantic, Inc berpusat di San Francisco.


Pada 8 Ogos tahun yang sama, Pokemon Go dilancarkan di lebih 90 negara termasuk Malaysia.


143 views

©2020 by HyperlokalMY