• Pupa Kupa

Aktiviti keagamaan ditangguh tapi kenapa konsert diteruskan?

Awal pagi tadi, kenderaan dinaiki ahli Drama Band dilaporkan rosak teruk akibat kemalangan di Pulau Pinang.

Dalam kejadian itu, Aepul Roza, Daus dan Fadhil mengalami calar-calar pada badan akibat hentakan kuat.

Kenderaan pikap dinaiki mereka dikatakan dilanggar sebuah kereta ketika melalui terowong di Jalan Tunku Kudin, kira-kira jam 1.30 pagi.

Ketika ini, Drama Band dilaporkan sedang dalam rangka promosi DramaTour 2020 di enam lokasi bermula di Perlis pada 13 Mac lalu hingga akhir bulan ini.

Dalam reaksi berhubung kejadian itu seperti dilaporkan di portal media tempatan, tidak banyak komen diberi berkaitan kemalangan, sebaliknya rata-rata netizan mempersoalkan kenapa Drama Band masih meneruskan konsert mereka.

Netizen mempersoalkan, ketika ada negeri sudah menghentikan solat Jumaat di masjid berikutan penularan wabak Coronavirus yang makin membimbangkan, kenapa konsert Drama Band diteruskan.

Begitu juga perlawanan bola sepak liga tempatan sudah diarahkan bermain di stadium kosong tanpa penonton sebagai langkah pencegahan.

Malah, kerajaan pada Jumaat lalu telah memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguh atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020.

Jadi, dalam situasi sebegini pihak berwajib seharusnya mengeluarkan arahan agar acara berbentuk hiburan seperti konsert juga perlu ditangguhkan serta-merta.

Apa pun, Hyperlokal mendoakan agar semua ahli Drama Band cepat sembuh.

11 views

©2020 by HyperlokalMY