• Pupa Kupa

Angka kematian COVID-19 cecah 21 orang

Updated: Mar 27



Seorang lagi peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling meninggal dunia hari ini, menjadikan keseluruhan 21 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian ke-21 (kes ke-1,588) adalah warga Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.


"Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.


"Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020.


"Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi," katanya.

9 views

©2020 by HyperlokalMY