• Hang Lekir

Barang dapur perlu direndam air sabun?


Wujud kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang baru pulang membeli barang keperluan dapur, kemungkinan ia tercemar virus Covid-19. Berdasarkan perkongsian netizen di laman sosial, ada yang menyatakan barang dapur perlu dijemur di tengah panas beberapa jam, lebih ekstrim ada yang mendakwa ia perlu direndam dengan air sabun! Doktor di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan menerusi Fabecooknya berkata, orang ramai janganlah terlalu bimbang dijangkiti virus sehinggakan semua barang dapur direndam dengan air sabun, atau disanitasi. "Iya, memang virus ini boleh melekat pada permukaan seperti barang dapur tapi risiko jangkitan melalui barang amat rendah jika dibandingkan jangkitan melalui orang," katanya. Menurutnya, pakar mikrobiology iaitu Professor di bidang ‘food microbiology’ di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences, Don Schaffner, tidak menggalakkan untuk nyah kuman barang dapur yang dibeli. Sehubungan itu, barang basah dan makanan mentah yang dibeli memadai dibasuh dengan air sebelum dimasak kerama kuman dan virus akan mati bila dimasak dalam suhu yang panas.


"Perlu ke basuh buah buahan dengan sabun? Tidak. Sabun atau bahan nyahkuman bukan dicipta untuk basuh makanan," katanya. Menurut pakar pemakanan dari Universiti North Carolina State, Benjamin Chapman, minum atau makan sabun akan menyebabkan seseorang sakit perut dan mual kerana sabun dapat merosakkan saluran pencernaan menerusi gejala seperti muntah, cirit birit dan sakit perut. Bahan kimia yang terdapat pada sabun akan menyerap ke dalam bahan-bahan itu meskipun sudah dibilas dengan air sehingga bersih. Mencuci buah dan sayuran menggunakan jus lemon atau cuka juga tidak disarankan kerana tiada bukti sahih mengatakan ia mampu membunuh virus. Seterusnya, Dr Samhan menjelaskan virus Covid-19 berjangkit melalui rembesan cecair badan contohnya semasa bercakap, bersin dan batuk, serta melalui tangan yang tercemar dengan virus dan kemudian memegang mata, hidung dan mulut.

64 views

©2020 by HyperlokalMY