• Hang Lekir

Batik Ismail Sabri raih perhatian warga maya


Sebanyak tujuh baju batik sudah 'diperagakan' Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan sidang media sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga semalam. Pemilihan warna yang ceria serta ‘lari’ dari kebiasaan formal dalam kalangan pemimpin negara menyebabkan warga maya memberi perhatian terhadap baju batik yang dipakai beliau.


Sebahagian besar ruangan komen di mana-mana portal yang menyiarkan siaran langsung Ismail Sabri dihujani dengan pujian serta gurauan yang melihat pakaiannya seperti makanan di bazar. Selain mengangkat semula imej batik dan mengalakkan orang ramai memakai batik, langkah yang diambil Ahli Parlimen Bera ini sebenarnya boleh dianggap menarik masyarakat untuk menonton sidang media beliau.


Bukan semua orang berminat untuk menonton sidang media terutama pada jam 2 petang iaitu waktu yang mendatangkan mengantuk. Namun pendekatan Ismail Sabri dapat menarik orang ramai untuk ternanti-nanti sidang medianya. Tidak salah rasanya jika Hyperlokal mengangkat bapa penyanyi Dafi ini sebagai salah seorang Ikon Batik Negara.


Malah beliau juga akan ‘digilai’ ramai di mana, setiap penampilannya akan sentiasa mendapat perhatian dan ikutan ramai. Seperti mana penampilan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sentiasa mendapat perhatian begitu juga dengan Ismail Sabri selepas ini.





397 views

©2020 by HyperlokalMY