• Hang Lekir

Bayi 18 hari positif COVID-19


Seorang bayi berusia 18 hari disahkan positif COVID-19 selepas dilahirkan oleh ibunya yang juga seorang pesakit wabak berkenaan. Perkara itu, disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bayi itu disahkan positif COVID-19 selepas 18 hari dilahirkan. Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan bagaimana bayi itu dijangkiti wabak berkenaan sama ada ia berlaku ketika dalam kandungan atau sebaliknya. "Kita tak pasti (bila bayi itu mendapat jangkitan) mungkin berlaku ketika mengandung, tetapi kita tidak pasti. "Tetapi apa yang kita dapati, dalam proses itu (kelahiran) tidak ada komplikasi berlaku," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.


Sumber Berita Harian Online

87 views

©2020 by HyperlokalMY