• Hang Lekir

Bergaya di Aidilfitri persis Zaquan Adha

Kaum Adam masih keliru untuk mencari baju melayu untuk Aidilfitri? Hyperlokal cadangkan jenama Masquline By Zaquan Adha. Dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pastinya menyukarkan anda untuk memilih baju melayu yang sesuai. Jadi, pembelian atas talian pastinya pilihan terbaik.


Baju melayu cekak musang dan teluk belanga keluaran pemain bola sepak Kedah, Zaquan Adha ini sesuai buat mereka yang gemarkan potongan ‘fit’ atau muat mengikut badan. Hadir dengan pelbagai warna, difahamkan baju melayu ini juga mempunyai zip di bahagian tepi untuk memudahkannya apabila dipakai.


Berdasarkan laporan yang disiarkan portal Suria.my sebelum ini, poket baju melayu ini juga terletak di bahagian dalam serta potongan di bahagian belakang menyerlahkan susuk tubuh si pemakai. Selain baju melayu, jubah juga turut dijual oleh Masquline By Zaquan Adha. Harga bagi ketiga-tiga produk ini adalah RM139 (teluk belanga), RM169 (cekak musang) dan RM150 (jubah).


Bagi mereka yang berminat boleh layari Instagram masquline_zaquan atau hubungi 0178787472.

46 views

©2020 by HyperlokalMY