• Pupa Kupa

Biri-biri Cameron Highlands

Percutian ke kawasan tanah tinggi Cameron Highlands kini bukan sekadar melihat pemandangan indah di ladang teh atau memetik buah strawberi.

Pengunjung berpeluang merasai pengalaman bermanja dengan kambing biri-biri di The Sheep Sanctuary.

Terdapat 15 ekor kambing biri-biri baka merino yang diimport dari Australia, di mana pengunjung bukan hanya merakam gambar kenangan, malah turut dapat memberi makan serta berlari bersama biri-biri berkenaan.

Terletak di hadapan jalan utama di Kea Farm, Brincang, The Sheep Sanctuary di buka setiap hari seawal jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Dengan bayaran RM3 untuk dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak, pengunjung akan diberi makanan haiwan itu secara percuma.

68 views

©2020 by HyperlokalMY