• Hang Lekir

Bos Play Station beri bayangan PS5 tidak dijual murah


Sebelum ini viral di media sosial harga PS5 dijangka dijual dengan harga RM1,600 iaitu harga yang terlalu murah bagi konsol bertaraf lima bintang di negara ini.


Harga RM1,600 itu menjadi ‘trending’ hingga kaum adam terutama dalam kalangan suami mula ‘mengipas’ pasangan masing-masing dengan harapan para isteri membeli atau membenarkan mereka membeli konsol berkenaan.


Namun, berdasarkan bayangan atau hint yang diberikan Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan ketika bercakap GamesIndustry.biz PS5 tidak akan dijual murah seperti jangkaan ramai.



Ryan memaklumkan mereka menghadapi kesulitan sepanjang menyiapkan PS5 termasuk jurutera mereka yang terpaksa bekerja tanpa dapat masuk ke China, iaitu tempat PS5 dipasang.


“Ia bukan mudah dilakukan dari jarak yang jauh tetapi kami dapat melakukannya. Saya rasa semua perniagaan lain juga ketika ini berhadapan situasi mencabar dalam persekitaran kerja yang baru.


“Persekitaran kerja dari rumah, komitmen yang diberikan semua pihak dalam menghasilkan PS5 adalah luar biasa,” katanya.


Kesulitan yang dihadapi ketika wabak Covid-19 melanda dunia memberi isyarat secara tidak langsung betapa tingginya kos tambahan yang perlu ditanggung dalam menghasilkan PS5.



Menguatkan lagi harga PS5 tidak semurah yang dijangka, Ryan mengesahkan pihaknya tidak berminat untuk menghasilkan permainan di PS5 yang boleh dimainkan di PS4 berikutan PS5 mempunyai pelbagai fungi dan kelebihan berbanding PS4.


“Pada pandangan kami, kita perlu menghasilan game yang mampu mendapatkan semaksima yang boleh melalui fungsi terbaru di PS5. Sudah tiba masanya untuk memberikan komuniti PlayStation sesuatu yang baharu, sesuatu yang berbeza, yang hanya boleh dinikmati di PS5.


“Namun, Sony tidak akan meninggalkan lebih daripada 100 juta pemain PS4 dalam masa terdekat ini. Kami sentiasa tanggungjawab untuk berkhidmat kepada komuniti PS4,” katanya.


Ryan turut memaklumkan yang PS5 akan tetap dilancarkan pada hujung tahun ini dalam skala yang besar dan bertaraf global.

69 views

©2020 by HyperlokalMY