• Hang Lekir

Bubur lambuk online, talian hayat peniaga bazar Ramadan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan sehingga bazar Ramadan di seluruh negara dibatalkan tidak melemahkan semangat bekas pelajar Pusat Latihan Belia Negara Peretak (PLBP) Sazli Shafie, untuk terus menyara kehidupan keluarganya.


Pelajar lepasan PLB Peretak berusia 54 tahun dari Sungai Petani Kedah itu nekad menerokai perniagaannya secara digital.

Sazli yang memiliki sijil jurusan masakan dan ketering sebelum ini menjalankan perniagaan di bazar Ramadan setiap kali bulan puasa. "Saya dan rakan-rakan peniaga lain memahami dan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan kami peniaga untuk menjalankan perniagaan akibat wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi ini tidak melemahkan semangat kami untuk meneruskan usaha mencari rezeki dengan mengambil upah menyediakan bubur lambuk secara online dari rumah," katanya ketika dihubungi.


Sazli yang berasal dari Kampung Melayu Ampang, Selangor mengunakan resepi bubur lambuk Kampung Baru dan penambahan bahan lain termasuk tulang lembu selain daripada bahan-bahan lain yang digunakan. Bapa kepada tiga anak dan isteri yang juga lepasan PLB Norzah Ismail 52, dalam jurusan yang sama menyediakan bubur lambuk yang dimasak dirumah mereka bersama seorang pembantu lain. Bubur lambuk yang ditempah oleh penduduk dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini dikenakan bayaran RM600 untuk seperiuk atau untuk 650 bungkus.

Mereka yang berminat untuk buat tempahan bubur lambuk ini boleh menghubunginya di talian 0164138366 untuk keterangan lanjut. Dalam pada itu Sazli juga menerima sumbangan wang untuk membeli barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan sumbangan terutama di masa PKP dan bulan puasa ini. "Beramal sambil menjalankan perniagaan terutama dibulan puasa ini diharap dapat membantu saya dan keluarga juga selain daripada menyediakan bubur lambuk yang menjadi makanan tradisi setiap kali Ramadan," sambung Sazli lagi.

19 views

©2020 by HyperlokalMY