• Hang Lekir

Budak jujur dapat joran percuma


Sikap seorang kanak-kanak yang berani dan jujur membuat seorang ahli perniagaan terkejut dan terharu sebelum menghadiahkan joran kepadanya.


Perkara itu dikongsi melalui twitter peribadi ahli perniagaan terbabit yang mendapat 6.9 ribu Retweets dan komen serta 8.6 ribu tanda suka.


Nak tahu apa yang ditulisnya, teruskan membaca....heee...


"Duit tak de die cakap. die cakap haruan dia ada la. First time aku jual barang dengan ikan haruan. Hahahahaha," Roob Ganesan, pengusaha Drave Fishing Sdn Bhd


Perkara itu berlaku selepas bertemu seorang kanak-kanak lelaki di kedainya.



"Habis lunch tadi, staff call. "Boss, ada budak gemuk nie cari boss". Jem kejab, siapa pulak cari aku nie. Sampai opis, ada budak budak nie nak beli rod, rod lama dia patah.


"Tengok dalam tong, ada 4 ekor haruan comel comel. Hahahahahaha....


"Tapi pasal dia tak mencuri dan die berkerja utk mendapatkan haruan. Aku kasi je la," katanya.


Note: ada yg mencari ikan haruan saiz 300 gram tak?


41 views

©2020 by HyperlokalMY