• Pupa Kupa

Cameron Highlands jadi pekan mati akibat COVID-19

Updated: Mar 27




Semua sedia maklum bahawa Cameron Highlands adalah satu daripada destinasi pilihan orang ramai untuk berkunjung bagi menikmati udara nyaman dan kedinginan yang tidak dimiliki di tempat lain.


Bagaimanapun, keadaan di tanah tinggi itu kini agak berbeza daripada sebelumnya.





Situasi di Cameron Highlands ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini tidak ubah seperti pekan mati kerana aktiviti di pusat peranginan itu ditutup sepenuhnya.


Dalam masa sama, suasana itu memberikan ruang kepada Majlis Daerah Cameron Highands untuk menjalankan operasi menyahkuman di sekitar kawasan tanah tinggi berkenaan.







Malah penguasaha homestay juga turut mengambil langkah menghentikan operasi perkhidmatan bagi memastikan tiada pengunjung bercuti dalam tempoh perintah kawalan ini.





Setakat ini Cameron Highlands bebas wabak Covid19 dengan tiada kes dilaporkan di pusat peranginan berkenaan.

2,713 views

©2020 by HyperlokalMY