• Hang Lekir

Cegah COVID-19 guna emas?



Siapa kata kesihatan tidak boleh dibeli dengan kekayaan namun apa yang dibelanjakan sudah pasti mengejut semua pihak terutama pengamal perubatan.


Ia berikutan seorang ahli perniagaan, Shankar Kurhade di Pune, India yang membelanjakan sebanyak S4,000 untuk pelitup muka yang diperbuat dari emas bagi melindungi dirinya dari wabak Covid-19.


Pelitup muka emas seberat 60 gram ditempah khas mengambil masa lapan hari bagi menyiapkan pelitup muka yang pastinya membuat semua orang terkesima dan terkejut.



Biarpun dirinya tidak yakin dengan efektifnya pelitup muka itu namun dia masih ada usaha untuk mencegah wabak yang melanda dunia.


Melihat kesungguhan lelaki itu, bagaimana kita pula? Adakah kita pakai pelitup muka atau tidak?

245 views

©2020 by HyperlokalMY