• Pupa Kupa

COVID-19: 14 kematian, 212 kes baharu

Sebanyak 212 kes positif jangkitan wabak COVID-19 dilaporkan hari ini, sekaligus menjadi jumlah tertinggi kes harian direkodkan setakat ini.

Sebanyak empat kes kematian baharu pula dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 14 kes.

Kes kematian ke-11 adalah kes ke-1070, lelaki berumur 70 tahun warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020. Bagi kes kematian ke-12, kes ke-1114 adalah lelaki jemaah tabligh berumur 70 warganegara Malaysia, menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-13 adalah kes ke-1006, lelaki warganegara Malaysia berumur 49 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020. Wanita berusia 51 tahun warganegara Malaysia pula menjadi kes kematian ke-14, kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri, disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

14 views

©2020 by HyperlokalMY