• Pupa Kupa

COVID-19: Apa status kedai makan?

Susulan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 hingga 31 Mac 2020, orang ramai tertanya-tanya sama ada restoran seperti mamak dan kedai tomyam masih beroperasi seperti biasa atau sebaliknya. Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menguatkuasakan larangan itu, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi kenyataan rasmi dikeluarkan mana-mana pihak, sama ada restoran dibenar beroperasi untuk menerima tempahan atau pembelian secara tapau sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran seperti Grab Food dan Food Panda.

Berdasarkan carian di laman sosial, Hyperlokal menemui satu maklum balas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap pertanyaan netizen sama ada restoran, kafe, gerai atau food truck boleh beroperasi atau sebaliknya. Jawapan MKN ialah 'kedai makan tutup'. Bagaimanapun, terdapat laporan yang menyebut setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri yang menjelaskan restoran hanya boleh dibuka untuk penghantaran makanan, tetapi tidak dibenarkan untuk makan di situ.

Untuk lebih kepastian berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai khususnya pengusaha restoran boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari ini. Setakat pagi ini juga, banyak restoran dan kedai makan mengumumkan di laman sosial untuk menutup operasi mulai esok hingga 31 Mac. McDonald's pula menerusi kenyataan memaklumkan rangkaian restoran mereka beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh berkenaan, namun hanya untuk delivery, drive thru dan take away.

#covid19 #selamatkanplanetbumi #coronavirus

38 views

©2020 by HyperlokalMY