• Pupa Kupa

Covid-19: Jangan ambil mudah perintah kuarantin!

Anda boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati melanggar perintah kuarantin berkaitan wabak koronavirus (Covid-19). Ia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Hyperlokal difahamkan bahawa hukuman itu adalah untuk kesalahan kali pertama dan bagi kesalahan kedua, hukuman lebih berat boleh dikenakan sehingga penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Mengikut undang-undang, perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah bagi kontak jangkitan Covid-19 boleh diambil di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Seksyen itu memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah. Kegagalan seseorang individu untuk mematuhi perintah itu boleh menyebabkannya berdepan hukuman. Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Tindakan drastik itu adalah susulan peningkatan kadar kes individu yang positif korona virus di negara meningkat sehingga 553 individu sejak semalam.

#Covid19 #SelamatkanPlanetBumi #Koronavirus

31 views

©2020 by HyperlokalMY