• Pupa Kupa

COVID-19: Jumlah kes baru kurang berbanding semalam

Laporan terbaharu yang dikemaskini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam berkaitan kes baru wabak korona virus apabila terdapat 110 individu disahkan positif. Kemaskini itu adalah membabitkan catatan kes sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, penambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara meningkat kepada 900 kes. Dimaklumkan terdapat 20 kes kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah keseluruhan itu terdapat 15 kes disahkan sembuh sepenuhnya menjadikan jumlah individu yang dibenarkan pulang kepada 75 orang. Berdasarkan statistik, Selangor menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes positif korona virus apabila mencatatkan sebanyak 228 kes manakala Kuala Lumpur 123 kes.

8 views0 comments