• Pupa Kupa

COVID-19: PDRM tarik balik larangan keluar negeri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik perintah larangan keluar negeri seperti diumumkan Ketua Polis Negara (KPN) petang tadi. Tindakan itu diambil susulan kebanjiran orang ramai yang berpusu-pusu di balai polis di hampir seluruh negara untuk mengisi dokumen keluar. Larangan itu ditarik balik oleh KPN sendiri seperti dilaporkan BH Online. "Sehubungan dengan itu, kami menarik balik larangan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat secara berhemah malam ini. "Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini esok," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. #PDRM #COVID19Malaysia

30 views

©2020 by HyperlokalMY