• Pupa Kupa

COVID-19 ragut nyawa ke-10

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu lagi kematian kes Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes. Kes kematian ke-10 ialah seorang lelaki warga Malaysia berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pada jam 4.05 petang tadi. Mangsa adalah kes kematian kedua dicatatkan hari ini selepas kes kematian kesembilan, iaitu lelaki berumur 48 tahun yang juga doktor perubatan dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis Keseluruhannya, kata Dr Noor Hisham, 25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes. "Terdapat 123 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 meningkat kepada 1,306," katanya.

#COVID19 #WABAK #KORONA

10 views

©2020 by HyperlokalMY