• Pupa Kupa

COVID19: 122 sembuh, 208 kes baharu dan lima kematian



Sebanyak 122 kes COVID-19 disahkan sembuh dan dibenarkan discaj hari ini, manakala terdapat 208 kes baharu dan lima kematian dicatatkan hari ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 767 kes atau 24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


“Sehingga jam 12 tengah hari, terdapat 208 kes baharu yang dilaporkan.


“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes," katanya.


Sementara itu, terdapat lima kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).


• Kes kematian ke-46 (kes ke-2909) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 11.10 malam. • Kes kematian ke-47 (kes ke-2910) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout. Beliau dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 7.10 malam. • Kes kematian ke-48 (kes ke-2572) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 8.01 pagi. • Kes kematian ke-49 (kes ke-1273) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-2107). Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 1 April 2020 jam 8.36 malam. • Kes kematian ke-50 (kes ke-1767) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 2.20 petang.

38 views

©2020 by HyperlokalMY