• Hang Lekir

Dari pencegah maksiat, berjuang isu alam sekitar kini bantu golongan terkesan COVID-19

Sebut sahaja Ustaz At Skuad Badar pastinya ramai tahu betapa tegasnya dia dalam mencegah kemungkaran di Sungai Petani, Kedah. Pemilik nama sebenar Azhar Mohamad ini pernah mengegarkan negara dengan tindakannya membawa pasangan bukan muhrim yang melakukan maksiat ke tanah perkuburan untuk ditarbiah. Beliau juga antara individu yang lantang melawan dan berjuang hak penduduk Sungai Petani bersama aktivis alam sekitar yang lain apabila bandar itu dicemari isu kilang plastik kitar semula haram.


Kini ketika seluruh dunia berhadapan wabak Covid-19, Ustaz At juga antara yang dihadapan membantu golongan tidak berkemampuan khususnya fakir miskin. Ustaz At bersama ahli Skuad Badar serta NGO lain aktif dalam mengagihkan bantuan kepada golongan yang terputus bekalan makanan ketika musim wabak ini. Menjadikan pejabat Skuad Badar sebagai tempat untuk mengambil bantuan, difahamkan ia dibuka setiap masa bagi golongan memerlukan bantuan mengambil barangan keperluan asas. Antara barangan keperluan asas yang diagihkan seperti beras, minyak, telur, kicap, sos, gula dan sebagainya. Malah ada ketikanya buah-buahan serta ikan.

Malah, difahamkan petugas barisan hadapan juga turut menerima bantuan ini. Bantuan keperluan asas ini diberikan kepada semua yang memerlukan tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa. Melalui Facebook Azhar Mohamad At, Ustaz At meminta orang ramai yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh menghubunginya melalui Facebook berkenaan atau ditalian 0135193630.

172 views

©2020 by HyperlokalMY