• Hang Lekir

Dibuli lapan pemuda tetapi disanjung seluruh daerah

Siapa sangka kerana gemuk dan rajin menolong ibu menjual kuih menjadi punca seorang kanak-kanak darjah enam dibuli dan dipukul hingga tersungkur di bahu jalan. Lebih mengecewakan, kanak-kanak terbabit bukan dibuli kanak-kanak sebayanya tetapi lapan pemuda bermotosikal yang berusia 20-an malah ketua pembuli terbabit berusia 26 tahun. Kejadian ini berlaku kepada mangsa dikenali sebagai Rizal yang tinggal di Kampung Tala, Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, kelmarin yang menyebabkan kes terbabit mendapat perhatian pihak berkuasa dan orang awam.


Susulan video buli terbabit tersebar kelmarin, polis daerah Pangkep melakukan gerakan memburu suspek sebelum berjaya menahan mereka untuk tindakan undang-undang. Bagaimanapun, lain pula cerita di rumah Rizal apabila berpuluh-puluh orang awam menunggunya untuk memberi sokongan dan menghulurkan bantuan selepas mengetahui kanak-kanak malang terbabit dari keluarga miskin.


Kelihatan Rizal sangat gembira apabila menerima sumbangan basikal dan pelbagai barang bantuan dari pihak yang prihatin akan nasibnya. Apa yang admin harapkan, perkara begini tidak terjadi di negara ini.



231 views

©2020 by HyperlokalMY