• Hang Lekir

Diserang harimau bintang ketika cuci lori

Sejak pelaksanaan perintah berkurung di beberapa negara, pelbagai cerita dan gambar mengenai haiwan liar mula berkeliaran di kawasan orang awam. Namun begitu lain pula ceritanya di Telangana, India apabila seorang lelaki tiba-tiba diserang seekor harimau bintang. Pastinya jika tiada CCTV, ramai tidak akan percaya namun kejadian terbabit umpama di hujung randuk berjaya dirakam CCRT berhampiran.kawasan kejadian di Jalan Hyderabad.


Harimau bintang terbabit dikatakan sebelum itu dilihat merayau-rayau sekitar bandar terbabit yang lenggang kerana perintah berkurung kerana penularan wabak COVID-19 sebelum melihat lelaki terbabit yang sedang membersihkan lori di kawasan itu. Lelaki terbabit yang menyedari kehadiran haiwan itu yang terlalu dekat dengannya cuba melarikan diri dengan memanjat lori dan kelihatan harimau bintang itu cuba menerkam belakangnya. Bagaimanapun, sudah menjadi dunia haiwan di mana harimau bintang dan anjing adalah musuh semula jadi malah di India, anjing kerap menjadi makanan haiwan karnivor itu. Nasib lelaki terbabit diselamatkan dengan sekumpulan anjing liar yang menyerang harimau bintang secara berkumpulan sebelum bintang buas terbabit berjaya melarikan diri ke hutan di sebelah kawasan itu.

121 views

©2020 by HyperlokalMY