• Pupa Kupa

Ditangkap polis kerana bermain bola ketika PKP



Padah menimpa enam lelaki apabila ditangkap polis kerana bermain bola sepak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di padang bola Taman Desa Aman di Sungai Karangan, Kulim, semalam.


Berdasarkan makluman dari Facebook Polis Daerah Kulim Kedah, enam lelaki itu ditangkap pada jam 5.45 petang oleh anggota Balai Polis Sungai Karangan yang menjalankan tugas pemantauan PKP.


Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis dan akan disabitkan kesalahan dibawah seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Para 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) 2020.


Polis juga turut membuat rampasan keatas (1) biji bola jenama Vitory warna biru terang bercorak hitam putih (1) botol air minuman Twister dan (1) botol air minuman Sprite warna hijau yang digunakan sebagai barang kes.

©2020 by HyperlokalMY