• Pupa Kupa

Doktor mangsa kesembilan COVID-19

Seorang doktor perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi mangsa kesembilan wabak korona virus (COVID-19) selepas disahkan meninggal dunia hari ini. Doktor terbabit menghembuskam nafasnya yang terakhir pada jam 10.33 pagi ini. Mangsa berusia 48 tahun terbabit mempunya sejarah perjalanan ke Turki dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis pada 17 Mac lalu kerana mengalami simptom sesak nafas. Beliau disahkan dijangkiti wabak COVID-19 sehari kemudian dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana kesihatannya terus merudum. Hyperlokal difahamkan, bahawa kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan mahupun daripada kalangan rakan sekerja yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ia adalah berkait dengan sejarah perjalanannya ke luar negara. #COVID19Malaysia #KKM #wabakkorona

7 views

©2020 by HyperlokalMY