• Hang Lekir

dUCk ciplak konsep asal sleepyIllama?


Belum pun tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nama Pengasas Bersama FashionValet dan The dUCk Group, Vivvy Yusof sekali lagi menjadi buat mulut warganet apabila didakwa menciplak konsep yang diilhamkan orang lain. Konsep diilhamkan pada tahun 2018 itu dikatakan diciplak The dUCk Group untuk dijadikan idea mereka bagi pelancaran tudung terbaru mereka berkonsepkan The artsy dUck.

Tampil menyatakan kekesalannya, individu bernama sleepyIllama atau nama sebenarnya Nia Atasha meluahkan perkara itu di Instastorynya, sleepyIllama, hari ini. Menerusi update terbaru itu, Nia Atasha berkata, dua tahun lalu, beliau ada mengeluarkan produk skarf hasil ciptaannya secara koloborasi dengan Soonaru.



Sementara itu, usahawan muda terbabit bagaimanapun tampil mempertahankan jenamanya apabila menafikan menciplak konsep berkenaan.


Menerusi instastory, Vivy menjelaskan konsep itu sudah digunakan oleh jenamanya sebelum ini, dan turut menyertakan bukti iaitu tangkap layar emel bertarikh Jun 2018 yang memaparkan konsep rekaan yang didakwa menyerupai rekaan sleepyIllama. Vivy berkata, rekaan itu adalah hasil ilham perekanya dan menambah pihak yang mendakwa rekaan berkenaan adalah miliknya hanya melancarkan rekaan itu pada Disember 2018.



996 views

©2020 by HyperlokalMY