• Pupa Kupa

Enam hotel lima bintang jadi stesen kuarantin




Tanjung Rhu Resort, Langkawi antara enam hotel bertaraf lima bintang yang diisytiharkan sebagai stesen kuarantin jika wabak COVID-19 di negara menjadi semakin serius.


Selain Tanjung Rhu, lima lagi hotel ternama di negara turut dinamakan sebagai stesen kuarantin iaitu Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Hilton Petaling Jaya, Hilton Kuala Lumpur, Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan dan Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur.




Pengisytiharkan hotel bertaraf lima bintang itu sebagai stesen kuarantin adalah selaras Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


Pengisytiharan Stesen Kuarantin (No 6) 2020 itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menerusi warta kerajaan mengikut Seksyen 2 Akta 342.


Ia dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkuat kuasa 4 April lalu.




Ia antara lain merangkumi 57 lagi lokasi pusat kuarantin di Kedah, Perak, Pahang, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Selangor dan Johor.


Pertambahan 63 premis itu menjadikan jumlah keseluruhan tempat yang diisytiharkan sebagai pusat kuarantin COVID-19 sehingga kini adalah 472 premis.

84 views

©2020 by HyperlokalMY