• Hang Lekir

Fasa ketiga PKP penentu 'peperangan' di negara



Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan sebagai tempoh yang sangat penting sebagai penentu menamatkan penularan wabak COVID-19 di negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada perkembangan statistik terkini penularan wabak terbabit yang diperoleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, katanya, kesinambungan kawalan yang menyaksikan kejayaan hingga kes COVID-19 berupaya dikurangkan menerusi PKP fasa pertama dan kedua harus diteruskan pada fasa ketiga.

“JP Morgan sebelum ini menjangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes pada esok, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes.

“Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif COVID-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua.

“Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi,” katanya pada sidang media harian COVID-19, hari ini.

29 views

©2020 by HyperlokalMY