• Hang Lekir

Fenomena 30 hari 30 resepi Khairul Aming

Bagi pengguna Instagram khususnya yang sentiasa meneroka video masakan, pasti mengenali pemilik suara Chef Instafamous yang memulakan proses memasak dengan ayat ‘Hey what’s up guys… Jom kita start!' Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming, tidak asing lagi bagi pengguna Instagram kerana aktif berkongsi pelbagai resipi masakan dengan penyampaian secara santai, kelakar dan bersahaja. Berdasarkan pencarian Hyperlokal, pemuda berusia 28 tahun itu bukanlah seorang chef mahupun belajar secara khusus dalam bidang kulinari, namun atas minat mendalam dalam masakan, dia tekad mempelajari pelbagai resipi dan berkongsikannya di Instagram.


Sehingga kini, Khairul Aming mempunyai lebih 2.3 juta pengikut di Instagram. Sempena Ramadan, personaliti media sosial itu telah mengumumkan untuk berkongsi 30 resipi, iaitu satu resipi sehari sepanjang bulan puasa ini. Sejak hari pertama Ramadan sehingga semalam, Khairul Aming telah berkongsi empat resipi iaitu air sagu gula melaka, roti john, pengat pisang dan ayam balado hijau, semuanya mendapat tontonan lebih satu juta.


Malah, angka satu juta tontonan itu diperoleh hanya selepas beberapa jam ia dimuat naik di Instagram beliau. Jadi bagi sesiapa yang belum lagi 'follow' Khairul Aming, bolehlah berbuat demikian sekarang dan boleh cuba pelbagai resipi beliau untuk juadah berbuka atau sahur.

59 views

©2020 by HyperlokalMY