• Hang Lekir

Fenomena Suami Masak Apa Hari Ini?


Selepas fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni menjadi bualan orang ramai, kini muncul pula group Facebook baru yang dikenali sebagai Suami Masak Apa Hari Ini? Group yang dicipta khas untuk golongan Adam sama ada yang sudah berkahwin dan bakal mendirikan rumah tangga ini dicipta pada 16 April yang lalu.


Sehingga penulisan ini diterbitkan group berkenaan sudah meraih lebih 56,000 ahli.


Perkongsian hasil masakan setiap ahli tidak mengecewakan dan nampak sedap untuk di makan. Jadi siapa kata lelaki tidak boleh memasak? Selain menujukkan hasil masakan masing-masing, ahli juga disaran untuk berkongsi resepi masakan dan nampaknya golongan Adam tidak kedekut untuk berkongsi rahsia masakan mereka.


Mereka bukan sekadar berkongsi gambar masakan, malah terdapat juga yang berkongsi video cara-cara memasak sesuatu makanan. Hebat bukan? Boleh dikatakan group ini menyerlahkan bakat terpendam lelaki dalam masakan. Difahamkan golongan wanita berminat menyertai group ini, namun dilarang sama sekali. Kurang pasti sama ada mereka berminat dengan masakan lelaki atau si isteri cuba memantau kegiatan suami.




126 views

©2020 by HyperlokalMY