• Pupa Kupa

Game Car Parking Multiplayer jadi 'port' lepas gian memandu



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu menyebabkan rakyat mencari pelbagai cara untuk menghilangkan rasa bosan di rumah.


Pelbagai aktiviti dilakukan yang dikongsi netizen di Facebook antaranya memasak untuk golongan wanita, manakala lelaki pula bermain permainan video (PS, XBOX, komputer atau di telefon pintar).



Sejak beberapa hari lalu, golongan lelaki kerap memuat naik gambar permainan Car Parking Multimedia yang boleh di install secara percuma melalui Play Store atau Apps Store.


Pemain permainan ini, Zu Zahari, 33, berkata dia terjebak dengan permainan berkenaan selepas diajak rakan-rakan.


“Game ni dapat menghilangkan bosan untuk keluar memandu dan pada masa yang sama seolah-olah dapat keluar bersama rakan-rakan.



“Terdapat mic pada permainan, di mana kita dapat bersembang dengan rakan lain ketika bermain,” katanya.


Zu berkata, pemain juga boleh memodifikasi kereta mengikut minat masing-masing.


“Boleh beli sport rim, enjin dan sebagainya. Syaratnya perlu kumpul duit dulu mengikut arahan yang diberikan,” katanya.


Sementara itu, melalui carian Hyperlokal di Facebook terdapat Group Car Multiplayer Parking (Malaysia) yang mencecah hampir 20,000 ahli.



Mereka saling berkongsi gambar dan video tutorial untuk menghiburkan diri masing-masing.

85 views

©2020 by HyperlokalMY