• Pupa Kupa

Guna surat untuk dapatkan bekalan keperluan



Pasukan bantuan terdiri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), FAMA serta agensi lain telah mula menghantar bekalan makanan kepada penduduk dua kampung di Simpang Renggam, Johor yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Difahamkan, bantuan makanan berupa beras, makanan dalam tin serta keperluan asas lain ditinggalkan di luar rumah setiap penduduk.


Penduduk kemudian hanya akan keluar mengambil bungkusan makanan itu selepas pasukan bantuan beredar. Ini bagi memastikan keselamatan semua pihak daripada virus COVID-19.


Apa yang menyedihkan, Hyperlokal diberitahu ada penduduk terpaksa mengutuskan surat di luar rumah untuk perhatian anggota pasukan bantuan.


Antara kandungan surat terbabit ialah meminta bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan bayi, khususnya susu formula yang telah kehabisan.


Perkara itu kemudian disampaikan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.


Seramai 3,570 penduduk daripada 650 keluarga di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid dikenakan PKPD berkuat kuasa sehingga 9 April ini.


Tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan susulan jumlah jangkitan positif COVID-19 yang tinggi di daerah Kluang.


Kementerian Kesihatan mendapati 83 kes positif COVID-19 di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid.


Pasukan bantuan terdiri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), FAMA serta agensi lain telah mula menghantar bekalan makanan kepada penduduk dua kampung di Simpang Renggam, Johor yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

61 views

©2020 by HyperlokalMY