• Pupa Kupa

Harga Ron95 termurah sejak 2009

Harga runcit petrol RON95 turun 38 sen kepada RM1.44 seliter, berkuat kuasa 21 hingga 27 Mac ini, termurah sejak RON95 diperkenalkan pada September 2009. RON97 pula turun 36 sen kepada RM1.74, manakala diesel turun 12 sen RM1.75 seliter bagi tempoh sama. Ia juga menjadikan harga petroleum bagi tempoh berkenaan lebih murah berbanding sekeping penutup hidung dan muka yang dijual pada harga sekitar RM2 di pasaran ketika ini berikutan wabak Covid-19. Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan penurunan harga runcit produk petroleum disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19. Ketika pertama kali diperkenalkan pada September 2009, harga runcit RON95 ialah RM1.80 selitar dan paling murah ialah RM1.60 selitar pada Mac 2016. Pada 9 Mac laly, MIDF Research berkata, harga runcit minyak terutama RON95 mungkin akan menurun sehingga RM1.32 seliter jika purata harga penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$35 setong.

10 views

©2020 by HyperlokalMY