• Pupa Kupa

'Health tag' tak berkesan cegah COVID-19





Kad gantung di baju (health tag) yang kini viral dan laris penjualannya melalui atas talian, kononnya dapat mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide di sekitar pemakainya.


Satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama ini telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel “Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.


Hasil daripada kajian ini mendapati:

1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku

2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung


Dapatan ini menunjukkan pemakaian 'health tag' adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.


Sejak beberapa hari lalu viral di media sosial mengenai kononnya health tag mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti COVID-19.


Ia berdasarkan gambar beberapa pemimpin yang memakai kad berkenaan.


- SUMBER: Pusat Racun Negara

41 views

©2020 by HyperlokalMY