• Hang Lekir

Hilang kerja kerana baling kucing ketika bermesyuarat

Tindakan bodoh seorang lelaki yang membaling kucing ketika sedang bersidang secara langsung mengundang padah kepada Pesuruhjaya Perancangan California, Chris Platzer apabila dibuang kerja kerana kezalimannya itu. Kejadian membaling kucing peliharaannya sendiri itu berlaku ketika Platzer sedang bermesyuarat bersama rakan sekerjanya menerusi aplikasi Zoom pada April lalu. Haiwan itu dipercayai mengganggu Platzer dan menyebabkan lelaki itu berang dan menangkap kucing itu dan membalingnya secara langsung di aplikasi Zoom. Sebelum membaling kucing berkenaan, Platzer sempat memperkenalkan kucing itu kepada rakan-rakanya.


“Pertama kali saya ingin memperkenalkan kucing saya,” katanya yang kemudiannya membaling haiwan berkenaan. Tindakan itu kemudiannya viral dan mencetuskan kemarahan orang ramai yang mendesak lelaki berkenaan disingkirkan dari jawatannya, selain ada yang meminta Platzer didakwa kerana mendera haiwan. Selain isu membaling kucing, Platzer turut dikecam kerana meminum bir dan menggunakan kata-kata kesat ketika bermesyuarat di aplikasi yang sama.


Video tindakan ‘bodoh’ Platzer itu juga kemudiannya viral dan mendapat liputan meluas media tempatan. Susulan desakan orang ramai dan pelbagai pihak, Platzer akhirnya dilaporkan sudah meletakkan jawatannya pada awal bulan ini. Berdasarkan kandungan surat perletakkan jawatan, dia mengakui gagal menjaga tingkah laku ketika bermesyuarat di aplikasi Zoom dan tidak mengambarkan sebagai seorang pesuruhjaya perancangan.

115 views

©2020 by HyperlokalMY