• Hang Lekir

#IndonesiaTerserah jadi #IndonesiaBisa


Selepas #IndonesiaTerserah menjadi trending dalam kalangan frontliner Indonesia sejak beberapa minggu lalu, kini #IndonesiaBisa pula hangat diperkatakan bagi memberi semangat kepada pasukan barisan depan negara itu untuk teruskan perjuangan.


Namun apa yang menariknya adalah #IndonesiaBisa itu bukan datangnya dari masyarakat Indonesia sebaliknya ia diwujudkan oleh pasukan barisan hadapan negara kita sebagai tanda sokongan dan semangat untuk melawan pandemik COVID-19.



Beberapa keping foto frontliner negara dengan mengenakan sut perlindungan diri (PPE) bertulis kata-kata semangat kepada frontliner Indonesia kini antara yang trending di laman sosial.


Selain itu, kartunis Artortoise turut menyokong usaha itu dengan menerbitkan karya menerusi lukisan kartunnya yang memaparkan frontliner Malaysia sedang memberikan kata-kata semangat kepada frontliner negara tetangga itu.



Warga Twitter terutamanya turut menghadiahkan kata-kata semangat kepada frontliner negara jiran supaya mereka terus berjuang untuk melawan COVID-19.


Sebagai rekod, jumlah kes positif di Indonesia pada 29 Mei lalu sudah mencapai 25,216 kes dengan 1,520 kematian.



#MalaysiaxIndonesiaTeruskanBerjuang #MalaysiaxIndonediaBisa #KitaPastiMenang




199 views

©2020 by HyperlokalMY