• Pupa Kupa

JDT kelab pertama potong gaji untuk menderma




Kelab JDT menjadi pasukan bola sepak pertama di negara ini yang mengambil inisiatif menderma sebahagian gaji dari pemain, jurulatih dan kakitangannya kepada rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19.


JDT dalam kenyataan di laman sosialnya, menyatakan pemain, jurulatih dan kakitangannya bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 33% dan mendermakan sebahagian dari gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor.


Langkah yang diambil JDT mendapat pujian Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang menyambut baik langkah proaktif JDT dalam menunaikan tanggungjawab membantu memerangi wabak COVID-19.


Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor John, berkatal angkah pemotongan gaji serta sumbangan derma kepada yang memerlukan seharusnya dicontohi semua pihak dalam menangani krisis global seumpama ini.


“Tahniah kepada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, seluruh keluarga kelab JDT, pegawai dan pemain yang turut sama berganding bahu memerangi krisis penularan wabak COVID-19,” katanya.

27 views

©2020 by HyperlokalMY