• Pupa Kupa

KDN 'pasang mata-mata' kenalpasti individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sudah memulakan langkah bagi mengenalpasti individu atau kumpulan yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan bermula 18 hingga 31 Mac ini bagi membendung penularan wabak korona virus. Berdasarkan kemaskini terbaru yang dimuatnaik di Twitter rasmi KDNPutrajaya, kementerian itu meminta masyarakat supaya prihatin terhadap aktiviti sekeliling di kawasan mereka. Malah KDNPutrajaya juga meminta orang ramai supaya melaporkan sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan di balai polis berhampiran. Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN untuk melaporkan perkara itu di talian 03-8886 8110 atau 03-8886 8126. Hyperlokal sebelum ini melaporkan bahawa individu yang melanggar boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati melanggar perintah kuarantin berkaitan wabak koronavirus (Covid-19). Ia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). #COVID19 #PerintahKawalanPergerakan #KDNPutrajaya

5 views

©2020 by HyperlokalMY