• Hang Lekir

Kehidupan Pak Aq sekeluarga ujian untuk kita


Kisah Pak Aq iaitu individu yang dibantu Ustaz Ebit Liew (UEL) di Alor Setar, Kedah, semalam adalah ujian terhadap kita khususnya umat Islam untuk berfikir sejauh mana kita dalam membantu golongan seperti ini. Kes Pak Aq menjadi bualan serta kecaman warga net yang saling melemparkan kesalahan. Ada yang tuduh kerajaan negeri tidak membantu, pejabat zakat tidur, jiran tidak ambil peduli hinggalah UEL pun dipersalahkan kerana memandai. Ya semua pihak berkenaan sudah membantu dengan pelbagai usaha sudah dilakukan sebelum ketibaan UEL, namun ceritanya sama tiada apa yang berubah. Melalui gambar yang tersebar di media sosial, kita sendiri nampak betapa kotornya keluarga itu dan Hyperlokal sendiri percaya di kawasan kejiranan kita mungkin masih ada keluarga seperti ini.


Golongan ini adalah ujian bagi kita dan bukan untuk dikecam. Jika ada golongan ini dikawasan kita berapa ramai yang sudah tegur sikap mereka? Dah tegur tetapi masih tidak berubah? Adakah mereka degil? Memang tidak akan berubah atau dakwah kita pada mereka tidak sampai? Kalau hakikatnya kita sudah tidak mampu untuk membantu golongan ini dari segi fizikal dan mental, ada satu lagi yang mampu kita lakukan.


Kita masih ada senjata Yang Maha Esa berikan kepada kita iaitu berdoa. Doakan kebaikan keluarga seperti ini. Semoga kehidupan mereka berubah menjadi permata agama dan negara. Hentikan saling tuduh menuduh, hentikan kecaman sebaliknya berdoa untuk kesejahteraan.

1,141 views

©2020 by HyperlokalMY