• Pupa Kupa

Kentut ejen penyebaran COVID-19?




Jika mengambil kira pendapat seorang doktor, jawapannya adalah boleh.


Menurut laporan portal Daily Star, virus yang sudah mencatat lebih 1.7 juta kes positif di seluruh dunia itu boleh merebak melalui kentut.


Lapor portal itu, isu COVID-19 merebak melalui kentut mula dibangkitkan seorang doktor yang terbabit dengan program televisyen CBBC Operation Ouch, Xander Van Tulleken.


Van Tulleken berkongsi penemuan seorang doktor warga Australia, Andy Tagg.


Dalam penemuannya, Dr Tagg memetik ujian yang dijalankan awal tahun ini mendapati virus SAR ditemui dalam najis 55% pesakit SAR.


Katanya, SARS-CoV-2 boleh dikesan dalam najis dan dikesan dalam individu tanpa gejala sehingga 17 hari selepas dijangkiti.


Pada tahun 2001, seorang doktor dari Australia, Karl Kruszelnicki dan seorang pakar mikrobiologi, Luke Tennent menjalankan uji kaji jika kentut boleh menyebarkan penyakit.


Kaedahnya, kentut dilepaskan di dalam dua piring petri dari jarak 5 sentimeter, piring pertama dengan memakai seluar dan piring kedua tanpa memakai seluar.


Keputusannya, piring pertama kekal bersih, manakala piring kedua mencatat kehadiran bakteria selepas ditinggalkan semalaman, namun tidak berbahaya.


Awal tahun ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China memaklumkan pemakaian seluar boleh menghalang kentut yang mungkin membawa virus corona.


Menurutnya, kentut tidak boleh menyebarkan virus apabila seluar dipakai.


Bagaimanapun, jelas mereka, jika pesakit tidak memakai seluar, dan membebaskan gas yang banyak, orang yang menghidunya berisiko untuk dijangkiti.

164 views

©2020 by HyperlokalMY