• Pupa Kupa

Keperihatinan anggota PDRM tarik perhatian masyarakat

Updated: Mar 27



Bukan saja berada di barisan hadapan mengawal keselamatan dan memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat dilaksanakan seperti ditetapkan kerajaan, malah dua anggota polis trafik mendapat perhatian netizen atas keprihatinan mereka.


Kedua-dua anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor itu membantu sebuah keluarga yang mengadu tiada makanan di rumah ketika menemui mereka di taman permainan di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru.


Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul menemui keluarga terbabit ketika rondaan OP COVID 19 pada mulanya cuba mendekati mereka untuk memberi nasihat dan meminta pulang ke rumah.


Tiba-tiba, si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.



Simpati atas nasib keluarga terbabit, kedua-dua anggota polis itu membawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan memberi susu kepada anak pasangan berkenaan yang berumur 1 tahun 4 bulan.


Anak itu sebelum ini dikatakan hanya diberi minum milo bercampur gula.


Pasangan ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan menyewa bilik. Suaminya telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja, manakala isteri tukang cuci di kawasan Larkin dan kini tidak bekerja disebabkan arahan PKP.



Rata-rata netizen memuji sikap kedua-dua anggota polis itu atas keprihatinan dan sikap mulia mereka.


SUMBER: FB Polis Johor

17 views

©2020 by HyperlokalMY