- Pupa Kupa
Kes terbaharu terendah dicatat hari ini
Updated: Mar 27, 2020
Sebanyak 106 kes baharu Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini, iaitu pertambahan kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan mula dikuat kuasakan pada 18 Mac lalu.
Keseluruhannya jumlah kes di Malaysia meningkat kepada 1,624.
Daripada 106 kes baharu hari, 43 dari kluster tabligh manakala selebihnya iaitu 63 lain-lain kluster yang masih dalam siasatan.
Seramai 64 pesakit berada di pusat rawatan rapi (ICU) termasuk 24 memerlukan bantuan pernafasan, 24 lagi pesakit telah sembuh dan discaj hospital.
Ini menjadikan 183 pesakit sembuh keseluruhan atau 11.3 peratus.
Jumlan kematian setakat ini ialah 15 orang.
Berikut ialah jumlah kes baharu harian yang direkodkan sejak seminggu lalu.
24 Mac - 106
23 Mac - 212
22 Mac - 123
21 Mac - 153
20 Mac - 130
19 Mac - 110
18 Mac - 117