• Pupa Kupa

Kisah penggunting Mississippi perlu jadi iktibar



Semalam, kerajaan memberi kebenaran untuk kedai gunting rambut beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki Fasa Ketiga, 15 April.


Sebelum ini, ramai netizen meluahkan keperluan untuk menggunting rambut kerana keadaan diri yang semakin serabai selepas hampir sebulan PKP.


Bagaimanapun, keputusan kerajaan menimbulkan pelbagai reaksi kerana ramai yang berpendapat tiada keperluan untuk membuka kedai gunting rambut pada ketika ini, memandangkan ia boleh menyebabkan risiko penularan Covid19.



Kisah tukang gunting rambut di Mississippi, Amerika Syarikat yang meninggal dunia akibat Covid-19 boleh dijadikan iktibar buat kerajaan menimbang semula keputusan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi.


Eugene Thompson, 46, yang memiliki dua kedai gunting rambut iaitu Taper Nation dan Taper Nation 2 membuka kedai gunting ketika Covid-19 menular secara meluas di Amerika Syarikat. 


Dia meninggal dunia pada 4 April di Hospital St Dominic, Jackson, Mississippi selepas sebulan disahkan positif Covid-19.



Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook miliknya pada 17 Mac lalu, Thompson memberitahu dia mempunyai gejala Covid-19 dan menutup perniagaanya selama seminggu. 

64 views

©2020 by HyperlokalMY