• Hang Lekir

Kisah penghantar cendol

Pada jam 5 petang 25 April lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun, keluar menghantar cendol di sekitar Selayang Baru. Ketika dalam perjalanan pulang, motosikalnya kehabisan minyak dan tidak sempat mengisinya kerana stesen minyak telah ditutup berikutan operasi terhad ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dia kemudian mengambil keputusan untuk tidur di depan kaunter stesen minyak sehingga jam 4 pagi pada 26 April, sebelum menunda motosikal sehingga ke sekatan jalan raya dan ditahan polis. Situasi itu diceritakan lelaki tersebut dalam rayuannya di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini. Dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah dengan sengaja berada dalam kawasan tempat jangkitan di sekatan jalan raya, di bawah jambatan Batu Caves-Sri Gombak, Gombak pada 5 pagi, 26 April. Majistret kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

49 views

©2020 by HyperlokalMY