• Hang Lekir

Kunci punyal pasal wanita maut ditimpa kaca


Akibat tergesa-gesa mahu mengambil kunci yang tertinggal dalam kereta, seorang ibu anak dua maut selepas kaca menusuk tubuhnya hingga mengalami pendarahan yang serius.


Kejadian berlaku apabila Beena Jiju Paul, 46, bergegas keluar dari Bank Baroda Cawangan Perumbavoor, India tanpa menyedari pintu kaca tertutup.


Berdasarkan CCTV yang tersebar dan kejadian dipercayai berlaku Isnin lalu, Beena bersari merah jambu dilihat berjalan laju dan terlanggar pintu kaca sebelum terduduk manakala pintu kaca jatuh menimpanya.


Difahamkan tusukan kaca menyebabkan bahagian badannya terkoyak hingga menyebabkan kecederaan teruk.


Beena yang cuba bangun mendapati darah mula membasahi lantai bank terbabit sebelum orang ramai dan kakitangan bank membantunya.


Selepas Beena duduk di kerusi, mangsa dikatakan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah.



382 views

©2020 by HyperlokalMY